Saturday, September 5, 2009
Ramadhan kian kepenghujungnya
Syawal ....kegembiraan diwajah anak2 memberi kekuatan mengharungi kedatanganmu. Kesibukan melayan kerenah anak2 membuatkan aku terlupa akan kesedihan. Kegembiraan di mata mereka memberi sinar kekuatan menghadapi kehidupan. Semoga di hari syawal ini aku akan dapat bersama dengan ibu. Mencium tangannya memohon keampunan .......mendakap dirinya yg semakin dimamah usia. Aku bersyukur aku masih lagi mempunyai ibu yg amat kusayang.... Kini aku faham....mengapa kau meninggalkan aku sewaktu kecil dahulu. Semuanya untuk diriku. Terimakasih IBU...aku sayang padamu walaupun ada kalanya aku gagal menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang anak. Maafkan aku ibu.....
Saturday, May 9, 2009
Kanak-kanak belajar apa yg mereka alami
Jika kanak2 hidup dgn kritikan,
Mereka akan belajar mengutuk.
Jika kanak2 hidup dgn permusuhan,
Mereka akan belajar bertumbuk.
Jika kanak2 hidup dgn cemuhan,
Mereka akan belajar menjadi pemalu.
Jika kanak2 hidup dgn toleransi,
Mereka akan belajar penyabar.
Jika kanak2 hidup dgn dorongan,
Mereka akan belajar menjadi yakin.
Jika kanak2 hidup dgn sanjungan,
Mereka akan belajar menghargai.
Jika kanak2 hidup dgn saksama,
Mereka akan belajar menjadi adil.
Jika kanak2 hidup dgn kesejahteraan,
Mereka akan belajar menjadi setia.
Jika kanak2 hidup dgn kebenaran,
Mereka akan belajar menghargai diri mereka.
Jika kanak2 hidup dgn persamaan & persahabatan,
Mereka akan belajar menemui kasih sayang di dunia..
Tuesday, May 5, 2009
Petua mengambil hati ibu
- Makanan amat sensitif baginya. Setiap kali kita makan MESTI mempelawanya,walaupun kita tahu ibu tidak suka makanan itu.
- Jangan tunjuk pandai dihadapannya kerana kepandaian kita bermula daripadanya. Jangan sesekali mengecilkan hatinya walaupun kita berada di landasan yg betul.
- Jika ibu memerlukan sesuatu seboleh2nya kita segera mendapatkannya. Sentiasa mendengar dan bertindak mengikut kata-kata dan keluh kesahnya.
- Jika ibu ingin pergi ke sesuatu tempat, segera menghantarnya walaupun kita agak sibuk.
- Berbuallah selalu dengannya setiap hari. Kita harus bijak, ketika inilah peluang mengutarakan pendapat tetapi awas... jgn biarkan ibu perasan bahawa kita tidak bersetuju dgnnya kerana ini akan merosakkan suasana perbualan. Ajaklah ahli keluarga yg lain menyertai perbualan.
- Selalulah memicit & mengurut anggota badannya jika dia mengadu sakit di samping itu bawalah berjumpa dgn doktor. Itupun jika dia bersetuju. Jika tidak, pujuklah secara baik.
- Sentiasa menjadi pendengar yg baik walaupun ada kalanya malas untuk mendengar ceritanya.
- Berbincanglah dengannya terlebih dahulu sekiranya kita merancang sesuatu program dgn keluarga walaupun kita ketua dlm keluarga.
- Berdoalah untuknya setiap hari kerana doa dari seorang anak yg soleh amat diperlukan ibu, bukan wang, bukan harta benda.
- Jgn lupa menegurnya setiap hari walaupun kita dlm keadaan amat penat dan lesu. Ingat layan dia seperti pembesar2 @ tetamu penting kita...
- Sesekali belilah hadiah untuknya. Bukan hadiah kecil @ besar yg dinilai tetapi ingatan kita terhadapnya.
- Babitkan ibu dalam kegiatan hujung minggu bersama keluarga kita.
- Andainya yang tinggal berjauhan tu....sering2lah bertanya khabar samada kita seorang menantu @ anak. Tak rugi menghabiskan duit utk membayar bil telefon utk ibu yg mungkin sentiasa menunggu khabar berita daripada kita...rasanya lebih berkat lagi rezeki yang akan kita perolehi atas sebab hormat kita kepada wanita yang bergelar IBU.
Bila berjauhan selalulah pulang menjenguk ibu serta ayah di kampung yg memendam kerinduan pada kita. Jika kita bersungguh2 tiada sebab ibu berkecil hati atau kecewa dgn kita. Nescaya dia juga akan bertolak -ansur dgn kita. Pastikan ibu berasa dihargai walaupun di usia yg lanjut. Ingat |"SYURGA ITU DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU". Semoga anak kita juga akan melakukan perkara yg baik kepada kita apabila kita sudah tua nanti. INSYAALLAH.
Thursday, April 30, 2009
RESEPI KEK KEBAHAGIAAN
Cubalah resepi kek kebahagiaan ini semoga mendapat kesejahteraan....
Bahan-bahannya:
1 cawan cinta yang sentiasa segar
1 1/2 cawan tepung keyakinan
1/2 cawan serbuk kepercayaan
1 cawan pengharapan
3 cawan keimanan
2 cawan serbuk kasih sayang
3 sudu persefahaman dan tolak ansur
1 1/2 sudu rasa cemburu (sukat betul2 utk mengelakkan syak wasangka)
2 sudu budi bahasa
2 sudu gurau senda
1 cawan puji-pujian sebagai penambat hati
Cara menyediakannya,
- Adun kesemua bahan diatas dgn cermat supaya tidak dimasuki anasir2 yg tidak sihat.
- Jika semasa mengadun ,timbul rasa curiga, marah dan sakit hati tapiskan lalu buang jauh2 kesemua unsur tersebut.
- Apabila adunan sudah naik cantik dan hati rasa puas,panaskan ketuhar.
- Kemudian bakar adunan tadi dengan api kesetiaan yg tidak berbelah bagi.
Untuk hiasan:
Salut kek cinta yang telah siap dibakar dengan lapisan ketakwaan dan kesyukuran.
Kemudian tabur bunga-bunga cinta yang segar dan mekar disekelilingnya.
Agar kek tambah menarik, serikan lagi dengan buah cahaya mata.
Peringatan:
Kek akan sedap dimakan jika dihidangkan segera bagi mengelakkan sikap dingin dan kritikan melampau. Semasa menghidang, jangan lupa sertakan dengan senyuman manis dan lirikan manja. Dalam masa yang sama, jauhkan kek dari api kemarahan untuk mengekalkan kelazatannya...
Selamat mencuba......
Friday, April 24, 2009
Untuk renungan
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Ada tiga perkara,barangsiapa yang terdapat padanya tiga perkara itu, maka dia akan dilindungi, diberi rahmat oleh Allah dan dimasukkan ke dalam syurgaNYA:
Iaitu bila diberi sesuatu, dia bersyukur. Bila mampu melakukan pembalasan (atas kesalahan orang lain kepadanya) dia memaafkan dan bila dia marah, dia menahannya. "
Pengajaran dari Hadis di atas :
1. Allah akan merahmati orang yang selalu bersyukur.
2. Orang yang mudah memaafkan orang lain terutamanya di waktu dia boleh melakukan pembalasan adalah seorang hamba Allah yang layak mendapat syurga di akhirat kelak.
3. Allah juga menggalakkan kita berusaha menahan marah kerana sifat itu akan membawa kebaikan untuk diri kita dan untuk orang lain.
4. Barangsiapa yang ingin mendapat perlindungan Tuhan maka dia hendaklah berusaha menjadi orang yang selalu bersabar dan bersyukur.
Renung-renungkanlah dimana diri kita berada....
Friday, April 17, 2009
Alahai mesin basuhku
Hari ini hari yang mengembirakan bagiku. Agaknya berkat hari Jumaat kut...Bayangkanlah sudah hampir 3 bulan mesin basuhku buat hal. Sebenarnya mesin basuh ni masih elok berfungsi cuma ia memerlukan penjagaan yang banyak ketika membasuh. Ini disebabkan mesin ini akan terus mencuci tanpa berhenti kecuali aku memberhentikannya. Faham2 jelah kalau ada anak kecil ni kadang2 terlupa untuk memberhentikannya berulang kali. Jikalau tak memberhentikannya berulang kali ia akan mengeluarkan bau hangit. Kira2nya mesin ni sakit jugalah,sepatutnya dibawa jumpa mekanik untuk diberi ubat. Kalau ikutkan hubby aku beli baru aje. Tapi aku yg tak nak...tanggung sendirilah.
Pernah satu hari tu aku terlupa memberhentikannya, bila aku pergi ke dapur, terkejut aku melihat buih yang tinggi menggunung keluar dari mesin basuh. Masa tu juga aku tercium bau hangit keluar dari mesin tersebut. Nasib baiklah tak meletup....
Hari ni seperti biasa aku mencuci pakaian. Kadang2 jadi malas juga nak membasuh sebab perkara remeh begini tetapi kalau tak membasuh alamat kain pula yang menggunung. Maklumlah anak 5 orang tengah nak membesar....banyaklah baju yang digunakan. Mahu tak mahu kenalah buat juga. Dalam kemalasan tu selepas memusingkan timer aku menunggu di tepi mesin tu... aku melihat ianya berputar memutar baju2 kotor tu...dalam hati cepatlah siap.
Ketika aku asyik memerhatikan baju-baju itu diputar, baru aku tersedar....eh...eh...mesin basuh ni dah berfungsi seperti sediakala. Apalagi melompatlah aku keseronokan. Syukur alhamdulillah...berkat kesabaran aku melayan kerenah mesin basuh ni, akhirnya ia berfungsi untuk tuannya seperti asal. Syukur...Syukur...Terimakasih YA ALLAH.
Nasib baiklah aku tak membazirkan duit membeli yg baru.....
Horay...Horay...Horay....
Tuesday, April 14, 2009
Selamat bertunang Intan
Baru2 ni aku pergi majlis pertunangan sepupu aku di Trolak. Dah lama tak bertemu sanak-saudara, seronok rasanya bila dapat bersua. Macam-macam le cerita ranjau kehidupan yang keluar dari mulut masing2. Kisah anak2, kisah perniagaan, kisah pekerjaan, ..ahhh macam2 kisah le. Sanggup tak tidur sampai pukul 3-4 pagi. Keluarga kami memang agak rapat, walaupun antara sepupu-sepupu jarang bertemu tapi kemesraan hubungan antara kami amat mesra. Mungkin disebabkan dari kecil kami dididik sentiasa menghormati & melayan saudara-mara tak kira dekat ataupun jauh, kaya ataupun miskin....layanan tanpa ada sebarang rasa dengki dan perbezaan kedudukan.
Sekadar nak berkongsi dengan pembaca separuh daripada gambar2 hantaran pada majlis bertunang. Semua ni hasil kreativiti sepupu aku bersama abang & kakaknya serta kreativiti pakcik & makcik ku. Jiran2 disana juga tak ketinggalan memberikan sumbangan gubahan untuk diberi kepada pihak lelaki. Kalau tak salah aku , hantaran utk pihak lelaki ada 21 dulang....banyak tu....Tahniah untuk Intan & Izad.