Halwa Telinga

Assalamualaikum........

Terima kasih kepada semua yang mengunjungi blog ini.
Tujuan ku membina blog ini sekadar untuk mengasah minda
dan berkongsi pengalaman.
Andaikata ada persamaan dan terkasar bahasa harap dimaafkan...

Saturday, April 4, 2009

Bercuti di Cameron HIghland

Baru-baru ni aku sekeluarga bercuti di Cameron Highland. Ini adalah kali pertama aku membawa anak2 kesana. Perjalanan yang memeritkan bagi aku kerana keadaan jalan bagaikan ular dipalu.... Dipertengahan jalan anakku yg berusia 3 thn menangis-nangis mengadu sakit perut. Suspen juga aku kerana tak pernah dia dalam keadaan begitu. Dahlah dia menangis di kawasan yang dikelilingi hutan dan jalan mendaki disebelahnya curam. Aduh...bermacam-macam benda berlegar di fikiran aku. 

          Tiba-tiba wekkkkk....wekkkkk.....habis tudung & baju aku basah . Alamak!!!!aku mandi muntah. Baunya mengalahkan minyak wangi, nyaris2 akupun nak termuntah. Kesian anak2ku yg lain , mereka juga menahan diri menghidu bau yg amat meloyakan. Tiada ruang hendak berhenti kerana jalan di sebelah kiri berbukit & di sebelah kanan gaung. Tiada pilihan terpaksalah meneruskan perjalanan dengan keadaan yg kurang selesa. Sakit kepala....sakit kepala...tersiksanya nak sampai ke tanah rata. 

          Sampai sahaja diatas kesejukan mula terasa walaupun ianya tidaklah sesejuk seperti beberapa tahun lepas. Selepas membersihkan diri....kami mencari tempat makan. Lapar rasanya perut berada di tempat sejuk. Udara yang nyaman dengan pemandangan yang menarik menghilangkan sakit kepalaku. Berselera betul anak2ku makan. Bagi mereka walaupun memeritkankan tapi amat menyeronokkan.

Tak sah kalau pergi C.Highland tak pergi ke ladang teh. Berbagai-bagai jenis perasa teh ada dijual tapi yang menjadi pilihan hati untuk dibuat buah tangan ialah perasa strawberry dan blueberry. Hemmmm sedap wangi...

         

          

7 comments:

  1. salam sis..angah dah pernah sampai cameron thn lepas...masatu dah x berapa sejuk ...byk prjek dbuat kat lereng2 bukit..hmmm

    ReplyDelete
  2. salam akak...cite psl cmron ni...jumaat ni cdg nak g sana...cuti2 keluarga...akak ni umo brp yek??akak bg la klu ckit sape akak ni...mane tau kot2 kenal...

    ReplyDelete
  3. Orang kata Cemeron Highland tu indah khabar dari rupa... betul kan...?

    ReplyDelete
  4. allkmurni,
    dah pegi bercuti ke Cmron ke...camne,best ke?
    umo...39, rumah kita tak jauh, & mgkn juga kenal..insyaAllah kalau terjumpa masa blk kg akak tegur.


    Teguh Perkasa,,
    Betul tu...ingatkan nak kedamaian kat atas sana tapi lbh krg KL juga...jemmmm byk kete(kebetulan kut masa tu cuti).

    ReplyDelete
  5. salam sis....dah blk dr cmron ari isnin.kali ni p leh dok lame ckit...tu yg best tu...umo 39...umh x jauh...???hemm...sape yek...susah gak nih...he..he..x pe nnt klu sis blk kg kite kenal2....

    ReplyDelete
  6. Hi there,

    Cameron memang best, kami sekeluarga ke sana Mei lepas, stay kat Equatorial sampai hari ni kalau kami naik kereta ikut jalan yang bengkang bengkok anak saya akan cakap Cameron Highlands. Video kat bawah ni kita orang amik masa kat Cameron.

    http://www.youtube.com/watch?v=YWtVGphZvek

    ReplyDelete
  7. CH, mmg ok la utk jln2 dan nak rehat2 badan, tp jgn pergi waktu cuti. mmg jem teruk kalahkan KL... selalu pergi dok rumah persekutuan utk gvmnt servant..murah dan selesa.selalu pergi paling cepat pon 4N3D...sbb dok sana sampai boring baru best balik KL...hahahaha..skrg dh x sejuk mcm dulu2 ms gi rombongan sekolah.

    ReplyDelete