Halwa Telinga

Assalamualaikum........

Terima kasih kepada semua yang mengunjungi blog ini.
Tujuan ku membina blog ini sekadar untuk mengasah minda
dan berkongsi pengalaman.
Andaikata ada persamaan dan terkasar bahasa harap dimaafkan...

Saturday, September 5, 2009

Ramadhan kian kepenghujungnya

Ramadhan kian pergi... syawal bakal menjelma ,sedih.... entah ada lagi umur bertemu dengan ramadhan di tahun hadapan. Rindu pada nenek & tok wan yg telah pergi dijemput ilahi. Terbayang2 kegembiraan membantu mereka mengerjakan sawah serta kegigihan mereka menjaga aku sejak kecil lagi. Perginya insan2 tersayang membuatkan kehadiran syawal yg bakal menjelma kian terasa . Kerinduan pada senyum tawa, juadah enak dari air tangan insan tersayang takkan dapat aku rasai lagi.... Sunyi rasanya tanpa kalian.


Syawal ....kegembiraan diwajah anak2 memberi kekuatan mengharungi kedatanganmu. Kesibukan melayan kerenah anak2 membuatkan aku terlupa akan kesedihan. Kegembiraan di mata mereka memberi sinar kekuatan menghadapi kehidupan. Semoga di hari syawal ini aku akan dapat bersama dengan ibu. Mencium tangannya memohon keampunan .......mendakap dirinya yg semakin dimamah usia. Aku bersyukur aku masih lagi mempunyai ibu yg amat kusayang.... Kini aku faham....mengapa kau meninggalkan aku sewaktu kecil dahulu. Semuanya untuk diriku. Terimakasih IBU...aku sayang padamu walaupun ada kalanya aku gagal menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang anak. Maafkan aku ibu.....

Saturday, May 9, 2009

Kanak-kanak belajar apa yg mereka alami



Jika kanak2 hidup dgn kritikan,

Mereka akan belajar mengutuk.

 Jika kanak2 hidup dgn permusuhan,

Mereka akan belajar bertumbuk.

Jika kanak2 hidup dgn cemuhan,

Mereka akan belajar menjadi pemalu.

Jika kanak2 hidup dgn toleransi,

Mereka akan belajar penyabar.

Jika kanak2 hidup dgn dorongan,

Mereka akan belajar menjadi yakin.

Jika kanak2 hidup dgn sanjungan,

Mereka akan belajar menghargai.

Jika kanak2 hidup dgn saksama,

Mereka akan belajar menjadi adil.

Jika kanak2 hidup dgn kesejahteraan,

Mereka akan belajar menjadi setia.

Jika kanak2 hidup dgn kebenaran,

Mereka akan belajar menghargai diri mereka.

Jika kanak2 hidup dgn persamaan & persahabatan,

Mereka akan belajar menemui kasih sayang di dunia..

Tuesday, May 5, 2009

Petua mengambil hati ibu

          Hati seorang ibu memang  susah untuk dijaga, tapi jikalau tahu gayanya, faham kehendaknya dan arif perangainya, InsyaAllah ibu akan menjadi sahabat yg akrab. Yang penting kita harus ada kesabaran yg menebal, faham memahami, kasih dan hormat yg tinggi pada ibu.Tanamkan ikrar bahawa ibu adalah segala-galanya, hormatilah kehendaknya walaupun kadangkala kita tidak bersetuju dengannya. Kita  mesti sentiasa sedar & ingat hati ibu amat sensitif. Jgn sesekali beranggapan ibu sudah tua, nyanyuk @ kolot kerana hal beginilah yg menjadi jurang pemisah antara ibu & anak. Perselisihan faham atau pertengkaran akan membuat ibu berkecil hati . Kita sebagai anak haruslah belajar dari kesilapan, sentiasa merenungi kembali tutur kata & perlakuan diri.
          Sebagai pedoman petua untuk menambat hati seorang ibu:
  1.  Makanan amat sensitif baginya. Setiap kali kita makan MESTI  mempelawanya,walaupun kita tahu ibu tidak suka makanan itu.
  2. Jangan tunjuk pandai dihadapannya kerana kepandaian kita bermula daripadanya. Jangan sesekali  mengecilkan hatinya walaupun kita berada di landasan yg betul.
  3. Jika ibu memerlukan sesuatu seboleh2nya kita segera mendapatkannya. Sentiasa mendengar dan bertindak mengikut kata-kata dan keluh kesahnya. 
  4. Jika ibu ingin pergi ke sesuatu tempat, segera menghantarnya walaupun kita agak sibuk.
  5. Berbuallah selalu dengannya setiap hari. Kita harus bijak, ketika inilah  peluang mengutarakan pendapat  tetapi awas... jgn biarkan ibu perasan bahawa kita tidak bersetuju dgnnya kerana ini akan merosakkan suasana perbualan. Ajaklah ahli  keluarga yg lain menyertai perbualan.
  6. Selalulah memicit & mengurut anggota badannya jika dia mengadu sakit di samping itu bawalah berjumpa dgn doktor. Itupun jika dia bersetuju. Jika tidak, pujuklah secara baik.
  7. Sentiasa menjadi pendengar yg baik walaupun ada kalanya malas untuk mendengar ceritanya. 
  8. Berbincanglah dengannya terlebih dahulu sekiranya kita merancang sesuatu program dgn keluarga walaupun kita ketua dlm keluarga. 
  9. Berdoalah untuknya setiap hari kerana doa dari seorang anak yg soleh amat diperlukan ibu, bukan wang, bukan harta benda.
  10. Jgn lupa menegurnya setiap hari walaupun kita dlm keadaan amat penat dan lesu. Ingat layan dia seperti pembesar2 @ tetamu penting kita...
  11. Sesekali belilah hadiah untuknya. Bukan hadiah kecil @ besar yg dinilai tetapi ingatan kita terhadapnya.
  12. Babitkan ibu dalam kegiatan hujung minggu bersama keluarga kita.
  13. Andainya yang tinggal berjauhan tu....sering2lah bertanya khabar samada kita seorang menantu @ anak. Tak rugi menghabiskan duit utk membayar bil telefon utk ibu yg mungkin sentiasa menunggu khabar berita daripada kita...rasanya lebih berkat lagi rezeki yang akan kita perolehi atas sebab hormat kita kepada wanita yang bergelar IBU.

          Bila berjauhan selalulah pulang menjenguk ibu serta ayah di kampung yg memendam kerinduan pada kita. Jika kita bersungguh2 tiada sebab ibu berkecil hati atau kecewa dgn kita. Nescaya dia juga akan bertolak -ansur dgn kita. Pastikan ibu berasa dihargai walaupun di usia yg lanjut. Ingat |"SYURGA ITU DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU". Semoga anak kita juga akan melakukan  perkara yg baik kepada kita apabila kita sudah tua nanti. INSYAALLAH.

Thursday, April 30, 2009

RESEPI KEK KEBAHAGIAAN

Cubalah resepi  kek kebahagiaan ini semoga mendapat kesejahteraan....

          Bahan-bahannya:

          1 cawan cinta yang sentiasa segar

          1 1/2 cawan tepung keyakinan

          1/2  cawan serbuk kepercayaan

          1 cawan  pengharapan

         3  cawan keimanan

          2 cawan serbuk kasih sayang

          3 sudu persefahaman dan tolak ansur

          1 1/2 sudu rasa cemburu (sukat betul2 utk mengelakkan syak wasangka)

          2 sudu budi bahasa 

         2 sudu gurau senda

         1 cawan puji-pujian sebagai penambat hati

         Cara menyediakannya,       

  •     Adun kesemua bahan diatas dgn cermat supaya tidak dimasuki anasir2 yg tidak sihat.
  •     Jika semasa mengadun ,timbul rasa curiga, marah dan sakit hati tapiskan lalu buang     jauh2 kesemua unsur tersebut.
  •     Apabila adunan sudah naik cantik dan hati rasa puas,panaskan ketuhar.
  •     Kemudian bakar adunan tadi dengan api kesetiaan yg tidak berbelah bagi.

          Untuk hiasan:

          Salut kek cinta yang telah siap dibakar dengan lapisan ketakwaan dan kesyukuran.

          Kemudian tabur bunga-bunga cinta yang segar dan mekar disekelilingnya.

          Agar kek tambah menarik, serikan lagi dengan buah cahaya mata.

           Peringatan:

           Kek akan sedap dimakan jika dihidangkan segera bagi mengelakkan sikap dingin dan kritikan melampau. Semasa menghidang, jangan lupa sertakan dengan senyuman manis dan lirikan manja. Dalam masa yang sama, jauhkan kek dari  api kemarahan untuk mengekalkan kelazatannya... 

              Selamat mencuba......

               

Friday, April 24, 2009

Untuk renungan

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:  

"Ada tiga perkara,barangsiapa yang terdapat padanya tiga perkara itu, maka dia akan dilindungi, diberi rahmat oleh Allah dan dimasukkan ke dalam syurgaNYA:

Iaitu bila diberi sesuatu, dia bersyukur.  Bila mampu melakukan pembalasan (atas kesalahan orang lain kepadanya) dia memaafkan dan bila dia marah, dia menahannya. "

Pengajaran dari Hadis di atas :

1. Allah akan merahmati orang yang selalu bersyukur.

2. Orang yang mudah memaafkan orang lain terutamanya di waktu dia boleh melakukan pembalasan adalah seorang hamba Allah yang layak mendapat syurga di akhirat kelak.

3. Allah juga menggalakkan kita berusaha menahan marah kerana sifat itu akan membawa kebaikan untuk diri kita dan untuk orang lain.

4. Barangsiapa yang ingin mendapat perlindungan Tuhan maka dia hendaklah berusaha menjadi orang yang selalu bersabar dan bersyukur.

Renung-renungkanlah dimana diri kita berada....

Friday, April 17, 2009

Alahai mesin basuhku

          Hari ini hari yang mengembirakan bagiku. Agaknya berkat hari Jumaat kut...Bayangkanlah sudah hampir 3 bulan mesin basuhku buat hal. Sebenarnya mesin basuh ni masih elok berfungsi cuma ia memerlukan penjagaan yang banyak ketika membasuh. Ini disebabkan mesin ini akan terus mencuci tanpa berhenti kecuali aku memberhentikannya. Faham2 jelah kalau ada anak kecil ni kadang2 terlupa untuk memberhentikannya berulang kali. Jikalau tak memberhentikannya berulang kali ia akan mengeluarkan bau hangit. Kira2nya mesin ni sakit jugalah,sepatutnya dibawa jumpa mekanik untuk diberi ubat. Kalau ikutkan hubby aku beli baru aje. Tapi aku yg tak nak...tanggung sendirilah. 

          Pernah satu hari tu aku terlupa memberhentikannya, bila aku pergi ke dapur, terkejut aku melihat buih yang tinggi menggunung keluar dari mesin basuh. Masa tu juga aku tercium bau hangit keluar dari mesin tersebut. Nasib baiklah tak meletup....

          Hari ni seperti biasa aku mencuci pakaian. Kadang2 jadi malas juga nak membasuh sebab perkara remeh begini tetapi kalau tak membasuh alamat kain pula yang menggunung. Maklumlah anak 5 orang tengah nak membesar....banyaklah baju yang digunakan. Mahu tak mahu kenalah buat juga. Dalam kemalasan tu selepas memusingkan timer aku menunggu di tepi mesin tu... aku melihat ianya berputar memutar baju2 kotor tu...dalam hati cepatlah siap.

           Ketika aku asyik memerhatikan baju-baju itu diputar, baru aku tersedar....eh...eh...mesin basuh ni dah berfungsi seperti sediakala. Apalagi melompatlah aku keseronokan. Syukur alhamdulillah...berkat kesabaran aku melayan kerenah mesin basuh ni, akhirnya ia berfungsi untuk tuannya seperti asal. Syukur...Syukur...Terimakasih YA ALLAH.

          Nasib baiklah aku tak membazirkan duit membeli yg baru.....

          Horay...Horay...Horay....

          

Tuesday, April 14, 2009

Selamat bertunang Intan






          Baru2 ni aku pergi majlis pertunangan sepupu aku di Trolak. Dah lama tak bertemu sanak-saudara, seronok rasanya bila dapat bersua. Macam-macam le cerita ranjau kehidupan yang keluar dari mulut masing2. Kisah anak2, kisah perniagaan, kisah pekerjaan, ..ahhh macam2 kisah le. Sanggup tak tidur sampai pukul 3-4 pagi.  Keluarga kami memang agak rapat, walaupun antara sepupu-sepupu jarang bertemu tapi kemesraan hubungan antara kami amat mesra. Mungkin disebabkan dari kecil  kami dididik sentiasa menghormati & melayan saudara-mara tak kira dekat ataupun jauh, kaya ataupun  miskin....layanan tanpa ada sebarang rasa dengki dan perbezaan kedudukan. 

 

          Sekadar nak berkongsi dengan pembaca separuh daripada  gambar2 hantaran pada majlis bertunang. Semua ni hasil kreativiti sepupu aku bersama abang & kakaknya serta kreativiti pakcik & makcik ku. Jiran2 disana juga tak ketinggalan memberikan sumbangan gubahan untuk diberi kepada pihak lelaki. Kalau tak salah aku , hantaran utk pihak lelaki ada 21 dulang....banyak tu....Tahniah untuk Intan & Izad.

          

         

Saturday, April 4, 2009

Bercuti di Cameron HIghland

Baru-baru ni aku sekeluarga bercuti di Cameron Highland. Ini adalah kali pertama aku membawa anak2 kesana. Perjalanan yang memeritkan bagi aku kerana keadaan jalan bagaikan ular dipalu.... Dipertengahan jalan anakku yg berusia 3 thn menangis-nangis mengadu sakit perut. Suspen juga aku kerana tak pernah dia dalam keadaan begitu. Dahlah dia menangis di kawasan yang dikelilingi hutan dan jalan mendaki disebelahnya curam. Aduh...bermacam-macam benda berlegar di fikiran aku. 

          Tiba-tiba wekkkkk....wekkkkk.....habis tudung & baju aku basah . Alamak!!!!aku mandi muntah. Baunya mengalahkan minyak wangi, nyaris2 akupun nak termuntah. Kesian anak2ku yg lain , mereka juga menahan diri menghidu bau yg amat meloyakan. Tiada ruang hendak berhenti kerana jalan di sebelah kiri berbukit & di sebelah kanan gaung. Tiada pilihan terpaksalah meneruskan perjalanan dengan keadaan yg kurang selesa. Sakit kepala....sakit kepala...tersiksanya nak sampai ke tanah rata. 

          Sampai sahaja diatas kesejukan mula terasa walaupun ianya tidaklah sesejuk seperti beberapa tahun lepas. Selepas membersihkan diri....kami mencari tempat makan. Lapar rasanya perut berada di tempat sejuk. Udara yang nyaman dengan pemandangan yang menarik menghilangkan sakit kepalaku. Berselera betul anak2ku makan. Bagi mereka walaupun memeritkankan tapi amat menyeronokkan.

Tak sah kalau pergi C.Highland tak pergi ke ladang teh. Berbagai-bagai jenis perasa teh ada dijual tapi yang menjadi pilihan hati untuk dibuat buah tangan ialah perasa strawberry dan blueberry. Hemmmm sedap wangi...

         

          

Friday, April 3, 2009

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, yang membawa maksud dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.  Satu ungkapan yang amat mudah untuk disebut tak kira waktu pagi, petang ataupun malam.  Jika difikirkan dalam satu hari sahaja berapa kali kita menyebutnya.... mungkin puluh atau ratusan kali. Hendak makan, hendak berjalan, hendak melangkah keluar rumah,memakai pakaian, memasak bahkan apa juga yang kita lakukan kita mulai dengan membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dengan rahmat Ar-Rahman dan Ar-Rahim dari Allah kita diberi rezeki serta nikmat yang kita tidak sedari. Buktinya dalam seharian hidup kita sahaja, dari awal bangun tidur kita telah diberi rahmat. Rahmat untuk bernafas, mandi menyegarkan kembali badan, keletihan hilang serta bertenaga untuk kita menunaikan solat. Seterusnya kita keluar rumah menguruskan pekerjaan dengan nafas yang turun naik, itu juga rahmat  Ar-Rahman dan Ar- Rahim Tuhan yang berlaku setiap detik.

Oleh itu marilah kita mendidik diri kita menyebut BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM dalam setiap apa juga perkara yang ingin kita lakukan. Bahkan hadis ada menyebut, " Setiap perkara-perkara yang baik, kalau tidak dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim maka terputuslah berkatNya ".

Renung-renungkan.....Selamat Beramal.....

Wednesday, April 1, 2009

Cik Angah Tag saya...

 1.Bekas kekasih saya adalah : 

:: Tak de bekas kekasih

2.Saya sedang mendengar : 
:: Anak-anak berceloteh

3.Mungkin saya patut : 
 log out dan pegi masak

4.Saya suka : 
 melancong, melihat keindahan alam

5.Sahabat-sahabat baik saya : 
 selalu berhubung melalui e-mail @ hp

6.Saya tak paham : 
 bila cuba buat yg terbaik tapi orang tak menghargai

7.Saya kehilangan : 
org-org yg saya sayang 

8.Ramai yang berkata : 
kenapa kau berhenti keje

9.Makna nama saya : 

cahaya mata

10.Cinta itu adalah:

racun dan penawar 

11.Di suatu tempat, seseorang sedang : 

menjawab tag dari Cik Angah

12.Saya akan cuba : 

menjadi isteri & ibu yg terbaik

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud : 
kekal 

14.Telefon bimbit saya : 
biasa je Nokia

15.Bila saya terjaga dari tidur : 

Saya cari baby dulu takut terperosok bawah katil

16.Saya paling meluat apabila : 

orang yang suka mengada-ngada


17.Pesta/Parti adalah : 
dapat merapatkan hubungan 

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : 
anak arnab yang baru lahir...eee...geli

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : 
zaman kanak2 dan remaja

20.Hari ini : 
kalau boleh nak tidur awal tapi selalunya x boleh...

21.Malam ini saya akan : 
tengok buku anak2

22.Esok pula saya akan : 
bangun awal,kejut anak2,masak....KALAU BOLEH nak sambung tido balik.

23.Saya betul2 inginkan : 
melihat anak2 berjaya dgn cemerlang

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini : 
semoga Allah memberi cahaya keimanan diwajahku

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan : 
 pusat membeli belah 

26.Makanan Barat atau Jepun : 
 semua suka asalkan halal.. 

27.Bilik yang terang atau gelap : 
terang tapi bila nak tidur mestilah nak gelap

28.Makanan segera adalah : 
kegemaran anak2 saya

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? 
dah solat ke belum

30.Siapa yang anda nak Tag?

Siapa2 yg ada nama dia dibawah ni sila jawab..

1. Teguh Perkasa

2. Joyah sempoi

Tag dari Cool Guy

Bold the statements that are true to you. Italicize the statements that you wish were true. Leave the fibs alone. Then, tag 6 people to do the same test.

I’m 170cm tall.
I don’t know what I want at the moment.
I’m not happy.
I hate my friends.
I hate my life.
I hate my grades.
I can drive.
I’m bored of driving.
I have a white handbag.
I love dancing.
I go clubbing every week.
Shopping is bullshit.
I have a tattoo of a star.
I got my navel pierced.
I have friends that take drugs.
90% of my friends smoke.
Okay, maybe less than 90.
I still hang out with my ex, even though our break up was rather nasty.
I’m studying Fashion.
I have a business running.

I hate cartoons.
I hate someone.
I have 10 Lollipops handbags.

I buy CLEO every month.

My parents don’t know about my blog.

I have an iPod.

I don’t have faith in the current “one”.
My school mates know about my blog.
I wanted to be a fashion designer.
I love rock emo bands sometimes yes
I hate it when people cancel last minute meet ups.

I’m a rebel.

I don’t believe in love.
High school's filled with drama.
My parents have faith in me.
I’ve bought shoes this month.
A blogger bitched about me before
I hate sports.
I heart Italian food.
I hate meeting new people.
I hate nail polish.
The mother bear gives me hugs.
People should start appreciating me.
High school was the worst time of my life.
I have red hair.
One Utama is my second home.
I’m a guy.
I’m scared of my Biology exam which I’m going to face tomorrow.
I hate vacations.
We’ll last :)
I believe in long distance relationships.
I’m going to get high and smoke weed one day soon.
I’ve robbed an old lady.
I’m starting to like applying make-up.
I was a tomboy.
At times I think I still am a tomboy.
I love bitching about people behind their backs.
I still have a best friend.
I have a cat.
I hate surprise parties.
I hate planning parties.
I’m hot.
I’m a sinner.
I’ve got a DS light.
I have a Wii.
I can live without music.
Video games are a waste of time.
I miss the father bear.
I love being in love.
I know how to cook.

I have 100% freedom.
Boys are assholes.
I hate Math.
I’m happy with what I have.
I love horror films.
I slept in my parents’ room for 3 days after watching Scream when I was a kid.
My old friends keep in touch with me.
I don’t read newspapers. 
The news is such a waste of time.
Blogging is a waste of time.
I hate animals.
I can’t live without make-up.
I curse like a pirate.
I’m happy with my 11 year old car.
I hate people that are smart.
I love Orange juice. 
I can’t drink for nuts.
I believe that everyone in their teens have lost their virginity.
I’ve got a new phone.
I’m going to get a new pair of shoes by the end of this month. 

I love swimming.
I haven’t worked out since March.

I think I'm fat.

I love my family and my friends.

Aku nak tag kawan2 di bawah...Jawab jgn tak jawab

1.Cik Angah

2.D'Rimba

3.Sis Lin 

4.Joyah Sempoi

Dua orang lagi sape2 yg sudi menjawab..

Saturday, March 28, 2009

Bagaimana menghilangkan Marah

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ?   

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". 

Kita mesti ubati hati kita. Kita mesti membuangkan rasa"ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Pertama kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.
 
Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insya Allah kemarahan akan mulai reda.

Dengan cara demikian, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.
 
Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis.

Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar, api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api. Banyakkanlah. . beristighfar itulah senjata orang2 mukmin.

Petikan ini adalah dari email seorang kawan lama untuk dikongsikan bersama

Friday, March 27, 2009

Kembali semula

Yahoo...dah boleh berceloteh kembali di blog ini. Tension rasanya kerana lebih kurang 2 minggu aku tak boleh sign in blog aku ni...Apa masalahnyapun aku tak tahu. Rindu rasanya aku nak comment coretan rakan2 blog aku. Lebih2 lagi blog ini adalah pengubat untuk aku mengurangkan tension melayan kerenah anak2..

Sunday, March 15, 2009

Aduhai jiranku....

Kehidupan harian kita sering ada gembira , kadangkala kedukaan mengundang.Itulah warna-warni perjalanan seharian kita....Pejam celik usia meningkat....Setiap hari ada sahaja cerita, seperti wayang yang sentiasa bertukar gambarnya. Rempah ratus kehidupan ini yang membuat

kita semakin matang dan tersenyum sendiri.



Dua hari lepas... anak ku pulang dari sekolah dengan perasaan marah. Ketika membuka pintu pagar aku lihat mulutnya membebel sesuatu tetapi aku tidak dapat mendengar bebelannya. Apabila aku bertanya, dia hanya menjawab nanti dia ceritakan. Aku melihat sahaja gelagatnya dari dalam rumah. Aku lihat dia mencapai getah paip lalu membuka air sambil memancutkan air kearah tayar basikalnya. Lagilah aku hairan, tengahari buta....balik dari sekolah rajin pula dia membasuh basikalnya. Tak puashati dengan kerenahnya akupun keluar rumah untuk

mendengar ceritanya. Mendengar sahaja ceritanya akupun apalagi ketawalah...hahaha....Rupa-rupanya dia membebel kerana terlanggar lampin pakai buang yang dibuang oleh jiranku. Diaper tu pula ada tut.....apalagi melekat le kat tayar basikalnya. Patut le dia marah... katanya tak sempat nak mengelak sebab tak perasan. Untuk menyejukkan hatinya kerana marah pada jiranku, akupun mengatakan padanya mungkin lori sampah yang tercicirkan diaper tu. Nasib baik le jiranku tiada di rumah kerana bekerja kalau tidak malu juga aku dengan perangai anak ku. Seboleh-bolehnya aku tak mahu perkara remeh temeh membuatkan jiran dan aku tak bertegur sapa. Jiranlah penganti saudara mara kita yang jauh.



Pengajaran dari cerita ini...kesedaran sivik harus kita tanamkan dalam diri seseorang dari kecil lagi. Tak rugi kalau kita mengajar mereka membuang sampah di tempat yang disediakan. Sekarang nipun kesedaran sivik amat kurang pada anak2 remaja. Apalah akan jadi dengan kehidupan anak2 kita di masa akan datang..Andainya kita didik mereka dengan berlandaskan agama , insyaallah terpeliharalah keperibadian

Wednesday, March 4, 2009

Eh....malunya

Semalam aku mengikut suamiku ke bandar untuk mencari perabut. Habis sahaja membeli...lapar pula rasanya,akupun mengajak suamiku singgah di kedai makan yang berhampiran.Cuaca pula petang tu mendung.Perut pula apalagi...lapar rasanya.Wah...berselera
sungguh aku makan mee goreng dan minum air teh tarik.Alhamdulillah...

Habis sahaja makan akupun masuk kedalam kereta...sampai sahaja di rumah ketika nak keluar dari kereta aku tercari-cari kasutku.Alamak!!!!!!!macamana kasut aku ada sebelah sahaja.Mana sebelah lagi..lantas aku memberitahu suamiku.Marah juga dia akibat kelalaian aku...apa yang pasti ketika aku masuk ke dalam kereta aku memang sering membuka kasut.Aku lihat muka suamiku agak marah...aku mengajak suamiku berpatah balik ke kedai makan tadi.Nasib baiklah kedai tu tak berapa jauh dari rumah.

Sesampainya di kedai makan tu,aku lihat kasut aku tergolek...cantik je di atas jalan.Malunya aku nak turun mengambil kasut tu sebab kasut tu betul2 di depan kedai makan yang mempunyai beberapa orang pelanggan.Aduh....semua mata memandang kearah kereta kami.Nasib baik le...ada anak kecil ku yang berusia 3 tahun...Akupun menyuruhnya menolong aku mengambil kasut tersebut. Anak kecilku pun kehairanan macamana kasut emaknya boleh tertinggal..TQ baby sebab dah tolong mak.

Walau apapun terimakasih untuk suamiku yang sanggup melayan kerenahku..Thanks abang...
I LOVE YOU.

Tuesday, February 24, 2009

Kesian babyku.... kesian aku....

Semalam baby ku yang kecil sekali ( 11 bulan ) demam lagi..... Kali yang ketiga dalam bulan ini... Kesian aku melihatnya, asyik merenget aje.... Suami ambil cuti satu hari dan kami bawa baby ke klinik. Nasib baik doktor kata demam biasa aje, takut juga aku....

Malam tadi pulak baby asyik menangis aje, mungkin susah nak bernafas sebab hidungnya sumbat agaknya. Aku pun semalaman tak dapat tidur menjaga baby kesayangan ku.. Jeles juga tengok suamiku kurrr...kurr... sedang asyik tidur. Hendak rasanya gerakkan suami untuk bantu jaga baby... tapi tak sampai hati... kesian pulak, esok pagi dia nak pergi kerja..

Tak pelah, kan dah itu tanggungjawap seorang isteri dan juga seorang ibu, menjaga suami dan anak-anak. Kesian babyku...... Kesian suamiku..... Kesian aku......

Monday, February 16, 2009

Nikmat pemberianNya...

Lip..lap..lip..lap...berkelip-kelip lampu dibilik seperti menjerit minta digantikan dgn yang baru.Ahh....ketika ini aku teringat dizaman kanak-kanak dulu.Walaupun berlampukan minyak tanah tapi cahaya yg menerangi sekeliling,sudah cukup untuk aku menikmati keindahan di
waktu malam.Syukur Alhamdulillah...

Masa berlalu begitu pantas...kini....walaupun kita diuji dgn sebiji mentol yg rosak pasti ada saja rungutan sebelum diganti dgn yg baru.Terfikir di kotak mindaku,kenapa dahulu mata kita boleh memfokus sekeliling dgn baik....tapi kini hanya kekurangan satu mentol boleh menyebabkan kepala kita pening kerana kekurangan cahaya.

Itulah kita, selagi bergelar manusia tak akan pernah puas dengan pemberianNya...selagi boleh mendapat yg terbaik selagi itulah kita kejar...tetapi apabila kita kehilangan barulah kita menghargai.

SESAL DULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA.

Salam...

Assalamualaikum....
Penatnya rasa hari ini....
Walaupun hari ini hari minggu, tapi tiada istilah cuti bagi suri rumah....
Malah kerja rumah bertambah banyak, lebih - lebih lagi 2 orang anak sedang demam...
Hendak mengarang cerita pun tak sempat....
Itulah hakikatnya menjadi seorang ibu, kesabaran memainkan peranan penting dalam hidup kita..