Halwa Telinga

Assalamualaikum........

Terima kasih kepada semua yang mengunjungi blog ini.
Tujuan ku membina blog ini sekadar untuk mengasah minda
dan berkongsi pengalaman.
Andaikata ada persamaan dan terkasar bahasa harap dimaafkan...

Friday, April 24, 2009

Untuk renungan

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:  

"Ada tiga perkara,barangsiapa yang terdapat padanya tiga perkara itu, maka dia akan dilindungi, diberi rahmat oleh Allah dan dimasukkan ke dalam syurgaNYA:

Iaitu bila diberi sesuatu, dia bersyukur.  Bila mampu melakukan pembalasan (atas kesalahan orang lain kepadanya) dia memaafkan dan bila dia marah, dia menahannya. "

Pengajaran dari Hadis di atas :

1. Allah akan merahmati orang yang selalu bersyukur.

2. Orang yang mudah memaafkan orang lain terutamanya di waktu dia boleh melakukan pembalasan adalah seorang hamba Allah yang layak mendapat syurga di akhirat kelak.

3. Allah juga menggalakkan kita berusaha menahan marah kerana sifat itu akan membawa kebaikan untuk diri kita dan untuk orang lain.

4. Barangsiapa yang ingin mendapat perlindungan Tuhan maka dia hendaklah berusaha menjadi orang yang selalu bersabar dan bersyukur.

Renung-renungkanlah dimana diri kita berada....

4 comments:

  1. N3 yang menarik yang harus diamalkan semoga dpt keberkatanNya

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan Rumah... Selamat Pagi :) Saya ada award special untuk anda sila amek kat blog saya

    ReplyDelete
  3. Salam... bukan setakat dijadikan renungan tapi sepatutnya dijadikan amalan :)

    ReplyDelete
  4. Teguh Perkasa,
    Smga kita sama2 berjaya mengamalkannya & memperbaiki diri utk menjadi seorg insan yg lebih baik.


    Ady Syam,
    Salam kembali, terimakasih utk award yg cantik ..nanti saya amek...


    Umie_e,
    Salam kembali..TQ follow my blog. Amalan yg sikit tetapi jika dijadikan amalan setiap hari pasti mendapat keberkatanNYA.INSYAALLAH.

    ReplyDelete