Halwa Telinga

Assalamualaikum........

Terima kasih kepada semua yang mengunjungi blog ini.
Tujuan ku membina blog ini sekadar untuk mengasah minda
dan berkongsi pengalaman.
Andaikata ada persamaan dan terkasar bahasa harap dimaafkan...

Tuesday, May 5, 2009

Petua mengambil hati ibu

          Hati seorang ibu memang  susah untuk dijaga, tapi jikalau tahu gayanya, faham kehendaknya dan arif perangainya, InsyaAllah ibu akan menjadi sahabat yg akrab. Yang penting kita harus ada kesabaran yg menebal, faham memahami, kasih dan hormat yg tinggi pada ibu.Tanamkan ikrar bahawa ibu adalah segala-galanya, hormatilah kehendaknya walaupun kadangkala kita tidak bersetuju dengannya. Kita  mesti sentiasa sedar & ingat hati ibu amat sensitif. Jgn sesekali beranggapan ibu sudah tua, nyanyuk @ kolot kerana hal beginilah yg menjadi jurang pemisah antara ibu & anak. Perselisihan faham atau pertengkaran akan membuat ibu berkecil hati . Kita sebagai anak haruslah belajar dari kesilapan, sentiasa merenungi kembali tutur kata & perlakuan diri.
          Sebagai pedoman petua untuk menambat hati seorang ibu:
  1.  Makanan amat sensitif baginya. Setiap kali kita makan MESTI  mempelawanya,walaupun kita tahu ibu tidak suka makanan itu.
  2. Jangan tunjuk pandai dihadapannya kerana kepandaian kita bermula daripadanya. Jangan sesekali  mengecilkan hatinya walaupun kita berada di landasan yg betul.
  3. Jika ibu memerlukan sesuatu seboleh2nya kita segera mendapatkannya. Sentiasa mendengar dan bertindak mengikut kata-kata dan keluh kesahnya. 
  4. Jika ibu ingin pergi ke sesuatu tempat, segera menghantarnya walaupun kita agak sibuk.
  5. Berbuallah selalu dengannya setiap hari. Kita harus bijak, ketika inilah  peluang mengutarakan pendapat  tetapi awas... jgn biarkan ibu perasan bahawa kita tidak bersetuju dgnnya kerana ini akan merosakkan suasana perbualan. Ajaklah ahli  keluarga yg lain menyertai perbualan.
  6. Selalulah memicit & mengurut anggota badannya jika dia mengadu sakit di samping itu bawalah berjumpa dgn doktor. Itupun jika dia bersetuju. Jika tidak, pujuklah secara baik.
  7. Sentiasa menjadi pendengar yg baik walaupun ada kalanya malas untuk mendengar ceritanya. 
  8. Berbincanglah dengannya terlebih dahulu sekiranya kita merancang sesuatu program dgn keluarga walaupun kita ketua dlm keluarga. 
  9. Berdoalah untuknya setiap hari kerana doa dari seorang anak yg soleh amat diperlukan ibu, bukan wang, bukan harta benda.
  10. Jgn lupa menegurnya setiap hari walaupun kita dlm keadaan amat penat dan lesu. Ingat layan dia seperti pembesar2 @ tetamu penting kita...
  11. Sesekali belilah hadiah untuknya. Bukan hadiah kecil @ besar yg dinilai tetapi ingatan kita terhadapnya.
  12. Babitkan ibu dalam kegiatan hujung minggu bersama keluarga kita.
  13. Andainya yang tinggal berjauhan tu....sering2lah bertanya khabar samada kita seorang menantu @ anak. Tak rugi menghabiskan duit utk membayar bil telefon utk ibu yg mungkin sentiasa menunggu khabar berita daripada kita...rasanya lebih berkat lagi rezeki yang akan kita perolehi atas sebab hormat kita kepada wanita yang bergelar IBU.

          Bila berjauhan selalulah pulang menjenguk ibu serta ayah di kampung yg memendam kerinduan pada kita. Jika kita bersungguh2 tiada sebab ibu berkecil hati atau kecewa dgn kita. Nescaya dia juga akan bertolak -ansur dgn kita. Pastikan ibu berasa dihargai walaupun di usia yg lanjut. Ingat |"SYURGA ITU DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU". Semoga anak kita juga akan melakukan  perkara yg baik kepada kita apabila kita sudah tua nanti. INSYAALLAH.

3 comments:

  1. Izinkan Saya copy, masukkan dalam blog.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Slm. Perkongsian yg sgt bermanfaat. Mohon share. Terima kasih.

    ReplyDelete