Halwa Telinga

Assalamualaikum........

Terima kasih kepada semua yang mengunjungi blog ini.
Tujuan ku membina blog ini sekadar untuk mengasah minda
dan berkongsi pengalaman.
Andaikata ada persamaan dan terkasar bahasa harap dimaafkan...

Saturday, March 28, 2009

Bagaimana menghilangkan Marah

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ?   

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". 

Kita mesti ubati hati kita. Kita mesti membuangkan rasa"ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Pertama kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.
 
Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insya Allah kemarahan akan mulai reda.

Dengan cara demikian, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.
 
Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis.

Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar, api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api. Banyakkanlah. . beristighfar itulah senjata orang2 mukmin.

Petikan ini adalah dari email seorang kawan lama untuk dikongsikan bersama

Friday, March 27, 2009

Kembali semula

Yahoo...dah boleh berceloteh kembali di blog ini. Tension rasanya kerana lebih kurang 2 minggu aku tak boleh sign in blog aku ni...Apa masalahnyapun aku tak tahu. Rindu rasanya aku nak comment coretan rakan2 blog aku. Lebih2 lagi blog ini adalah pengubat untuk aku mengurangkan tension melayan kerenah anak2..

Sunday, March 15, 2009

Aduhai jiranku....

Kehidupan harian kita sering ada gembira , kadangkala kedukaan mengundang.Itulah warna-warni perjalanan seharian kita....Pejam celik usia meningkat....Setiap hari ada sahaja cerita, seperti wayang yang sentiasa bertukar gambarnya. Rempah ratus kehidupan ini yang membuat

kita semakin matang dan tersenyum sendiri.



Dua hari lepas... anak ku pulang dari sekolah dengan perasaan marah. Ketika membuka pintu pagar aku lihat mulutnya membebel sesuatu tetapi aku tidak dapat mendengar bebelannya. Apabila aku bertanya, dia hanya menjawab nanti dia ceritakan. Aku melihat sahaja gelagatnya dari dalam rumah. Aku lihat dia mencapai getah paip lalu membuka air sambil memancutkan air kearah tayar basikalnya. Lagilah aku hairan, tengahari buta....balik dari sekolah rajin pula dia membasuh basikalnya. Tak puashati dengan kerenahnya akupun keluar rumah untuk

mendengar ceritanya. Mendengar sahaja ceritanya akupun apalagi ketawalah...hahaha....Rupa-rupanya dia membebel kerana terlanggar lampin pakai buang yang dibuang oleh jiranku. Diaper tu pula ada tut.....apalagi melekat le kat tayar basikalnya. Patut le dia marah... katanya tak sempat nak mengelak sebab tak perasan. Untuk menyejukkan hatinya kerana marah pada jiranku, akupun mengatakan padanya mungkin lori sampah yang tercicirkan diaper tu. Nasib baik le jiranku tiada di rumah kerana bekerja kalau tidak malu juga aku dengan perangai anak ku. Seboleh-bolehnya aku tak mahu perkara remeh temeh membuatkan jiran dan aku tak bertegur sapa. Jiranlah penganti saudara mara kita yang jauh.



Pengajaran dari cerita ini...kesedaran sivik harus kita tanamkan dalam diri seseorang dari kecil lagi. Tak rugi kalau kita mengajar mereka membuang sampah di tempat yang disediakan. Sekarang nipun kesedaran sivik amat kurang pada anak2 remaja. Apalah akan jadi dengan kehidupan anak2 kita di masa akan datang..Andainya kita didik mereka dengan berlandaskan agama , insyaallah terpeliharalah keperibadian

Wednesday, March 4, 2009

Eh....malunya

Semalam aku mengikut suamiku ke bandar untuk mencari perabut. Habis sahaja membeli...lapar pula rasanya,akupun mengajak suamiku singgah di kedai makan yang berhampiran.Cuaca pula petang tu mendung.Perut pula apalagi...lapar rasanya.Wah...berselera
sungguh aku makan mee goreng dan minum air teh tarik.Alhamdulillah...

Habis sahaja makan akupun masuk kedalam kereta...sampai sahaja di rumah ketika nak keluar dari kereta aku tercari-cari kasutku.Alamak!!!!!!!macamana kasut aku ada sebelah sahaja.Mana sebelah lagi..lantas aku memberitahu suamiku.Marah juga dia akibat kelalaian aku...apa yang pasti ketika aku masuk ke dalam kereta aku memang sering membuka kasut.Aku lihat muka suamiku agak marah...aku mengajak suamiku berpatah balik ke kedai makan tadi.Nasib baiklah kedai tu tak berapa jauh dari rumah.

Sesampainya di kedai makan tu,aku lihat kasut aku tergolek...cantik je di atas jalan.Malunya aku nak turun mengambil kasut tu sebab kasut tu betul2 di depan kedai makan yang mempunyai beberapa orang pelanggan.Aduh....semua mata memandang kearah kereta kami.Nasib baik le...ada anak kecil ku yang berusia 3 tahun...Akupun menyuruhnya menolong aku mengambil kasut tersebut. Anak kecilku pun kehairanan macamana kasut emaknya boleh tertinggal..TQ baby sebab dah tolong mak.

Walau apapun terimakasih untuk suamiku yang sanggup melayan kerenahku..Thanks abang...
I LOVE YOU.