Cubalah resepi kek kebahagiaan ini semoga mendapat kesejahteraan....
Bahan-bahannya:
1 cawan cinta yang sentiasa segar
1 1/2 cawan tepung keyakinan
1/2 cawan serbuk kepercayaan
1 cawan pengharapan
3 cawan keimanan
2 cawan serbuk kasih sayang
3 sudu persefahaman dan tolak ansur
1 1/2 sudu rasa cemburu (sukat betul2 utk mengelakkan syak wasangka)
2 sudu budi bahasa
2 sudu gurau senda
1 cawan puji-pujian sebagai penambat hati
Cara menyediakannya,
- Adun kesemua bahan diatas dgn cermat supaya tidak dimasuki anasir2 yg tidak sihat.
- Jika semasa mengadun ,timbul rasa curiga, marah dan sakit hati tapiskan lalu buang jauh2 kesemua unsur tersebut.
- Apabila adunan sudah naik cantik dan hati rasa puas,panaskan ketuhar.
- Kemudian bakar adunan tadi dengan api kesetiaan yg tidak berbelah bagi.
Untuk hiasan:
Salut kek cinta yang telah siap dibakar dengan lapisan ketakwaan dan kesyukuran.
Kemudian tabur bunga-bunga cinta yang segar dan mekar disekelilingnya.
Agar kek tambah menarik, serikan lagi dengan buah cahaya mata.
Peringatan:
Kek akan sedap dimakan jika dihidangkan segera bagi mengelakkan sikap dingin dan kritikan melampau. Semasa menghidang, jangan lupa sertakan dengan senyuman manis dan lirikan manja. Dalam masa yang sama, jauhkan kek dari api kemarahan untuk mengekalkan kelazatannya...
Selamat mencuba......
salam sis :)
ReplyDeleteif nak lagi kek, dtg blog angah ek?hehe
pun sodap gak...
waaahh..
ReplyDeletemcm best jer ni..
bley try ni.. ;)
Alhamdulillah, keluarga saya bahagia dengan resipi di atas....
ReplyDeleteCik Angah,
ReplyDeleteyam...yam...sodapnya, memang kesukaan ni...
Mr.and Mrs.Mizan,
Best ...cubalah, INSYAALLAH berkekalan.
Teguh Perkasa,
Didoakan semoga lebih berbahagia dan dimurahkan rezeki selepas mencuba resepi diatas.
mesti sedap kek ni kan... he he
ReplyDeleteSungguh indah kau menguli resipi kata mengundang selera...........
ReplyDeleteKasawari,
ReplyDeletekek ni sedap...tak de dijual dimana2...kecuali sendiri buat je.
D'Rimba,
Resepi juga umpama pengikat kasih kehidupan.
Nanti jap nak cuba masak resepi kek kebahagiaan...mesti sedap ni..hehehe
ReplyDeleteTirana,
ReplyDeleteCuba jangan tak cuba...nanti menyesal.
salam..aduhai..resipi nih mmg cun & menjadi ler..hehe! akak nk ucapkan hepi mom's day ye!! moga sentiasa ceria dan berbahagia selalu..aminn!
ReplyDeleteInahar Ali,
ReplyDeleteHepi mom's day juga utk akak juga...moga kita sama2 disayangi oleh anak2 hingga ke akhir hayat.